♔BAB 1 - KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU♔
Tuesday, October 7, 2014 | 6:01 AM | 0 love drops
KERAJAAN-KERAJAAN MELAYU BARU


Kerajaan Johor warisan dari Kesultanan Melayu Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul selepas kejatuhan kuasan Portugis di Melaka . Melaka muncul sebagai sebuah kerajaan yang unggul . Namun begitu , kegemilaangan Kerajaan Johor Lama berakhir dengan kemangkatan Sultan Mahmud ketika dijulang ke masjid pada tahun 1699 . Wujud pula Kerajaan Negeri Sembilan Darul Khusus , Kelantan Darul Naim dan Terengganu Darul Iman selain dari Kerajaan Johor . Disamping itu , kegiatan dan campur tangan Bugis di Semenanjung Tanah Melayu di sekitar tahun-tahun 1720-an mewujudkan kerajaan baru di Johor , Perak , Kedah dan Selangor .

KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

Kebanyakan penduduk Negeri Sembilan adalah orang Minangkabau yang berasal dari Pagar Ruyung , Sumatra . Pada awal abad ke 16 petempatan orang Minangkabau wujud di Naning , Sungai Ujong dan Rembau . Sumber-sumber sejarah mencatatkan bahawa Kerajaan Negeri Sembilan telah ditubuhkan pada tahun 1677 . Orang Minangkabau telah menjemput Raja Ibrahim iaitu anak Raja Pagar Ruyung untuk dijadikan raja mereka di Negeri Sembilan . Namun begitu , hasrat mereka untuk mewujudkan sebuah kerajaan gagal kerana Raja Ibrahim mati terbunuh pada tahun 1678 di Rembau . Sehubungan dengan itu , tempat Raja Ibrahim digantikan dengan Raja Kesah yang juga dari Pagar Ruyung . Namun begitu , beliau tidak layak menjadi raja . Sumber sejarah yang lain pula mengatakan , Kerajaan Negeri Sembilan ini telah diasaskan oleh Raja Melawar yang juga dari Pagar Ruyong  pada tahun 1733 . Raja Khatib dari Siak telah dahulu tiba Negeri Sembilan sebelum ketibaan Raja Melawar lagi . Raja Khatib cuba mendapatkan pengaruh di Negeri Sembilan . Raja Khatib membuat percubaan untuk merampas kuasa dengan bantuan Penghulu Naam dari Ulu Muar tetapi gagal . Mengikut sumber sejarah yang dicatatkan oleh Belanda menyatakan bahawa Raja Melawar sudah terkenal sejak tahun 1720-an . Pada tahun 1772 , Raja Kecil yang telah diusir oleh kerajaan Johor telah meminta bantuan daripada Raja Melawar . Namun begitu , permintaan beliau tidak dilayan oleh Raja Melawar . Sebaliknya , pada tahun 1727 Raja Kecil mengutuskan Raja Khatib ke Negeri Sembilan . Hal ini bertujuan untuk menggulingkan Raja Melawar yang memerintah Rembau dan menguasai Rembau . Raja Khatib Berjaya menguasai Rembau dan cuba meluaskan kuasanya ke Naning .

Pada ketika itu , Naning berasa di bawah jajahan Belanda . Pada tahun 1728 pula , Raja Khatib telah ditangkap oleh pihak Belanda seterusnya menghantarnya ke Siak .Kemungkinan besar Kerajaan Negeri Sembilan terbentuk pada ketika ini adalah kerana orang Minangkabau berhasrat untuk menyaingi kuasa Bugis yang bertapak di Johor . Tambahan pula , dalam perjanjian antara Gabenor Belanda di Melaka dengan ketua kaum Bugis , Daing Kemboja , Raja Tua Klang dan Ketua Orang Minangkabau pada tahun 1759 , tercatat akan kepentingan Rembau sebagai Pusat Kerajaan Negeri Sembilan . Sehubungan dengan itu , Raja Melawar telah ditabalkan di Penajis , Rembau sebagai yang Dipertuan Besar yang pertama . Rembau juga menjadi pusat Kerajaan Negeri Sembilan dan dikenali sebagai tanah kerajaan dan kediaman diraja dipindahkan ke Seri Menanti yang juga dikenali sebagai Tanah Mengandung .

SISTEM PEMERINTAHAN KERAJAAN NEGERI SEMBILAN

            Negeri Sembilan satu-satunya negeri di Semenanjung Tanah Melayu yang mengamalkan Adat Perpatih . Sistem pemerintahan Kerajaan Negeri Sembilan adalah berteraskan adat ini . Ketua Kerajaan Negeri Sembilan adalah Yang Dipertuan Besar . Baginda dilantik oleh empat orang Pembesar Negeri yang bergelar Undang dan juga Tengku Besar Tampin . Undang adalah ketua Luak atau Daerah . Empat orang Undang yang berkuasa melantik Yang Dipertuan Besar ialah yang pertama Undang Johol , yang kedua Undang Jelebu , yang ketiga Undang Rembau dan yang keempat Undang Sungai Ujong .

KERAJAAN TERENGGANU

            Pada tahun 1726 , kerajaan Negeri Terengganu telah ditubuhkan dan Sultan Zainal Abidin adalah sultan Terengganu yang pertama . Baginda adalah adinda kepada Sultan Abdul Jalil , bekas bendahara yang menjadi sultan Johor . Sultan Abdul Jalil telah berpinda ke Terengganu setelah melarikan diri dari Johor dan berpindah pula ke Kuala Pahang . Sumber sejarah ada mengatakan Sultan Zainal Abidin telah dilantik oleh Raja Terengganu tetapi ada juga sumber mengatakan bahawa beliau telah dilantik menjadi pemerintah Negeri Terengganu oleh Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah iaitu Putera Sultan Abdul Jalil .Sistem pentadbiran Negeri Terengganu sama dengan pentadbiran Negeri Johor iaitu mufti dan kadi merupakan pembesar yang memainkan peranan utama dalam pentadbiran Kerajaan Terengganu dengan memberi nasihat berkaitan keagamaan . Seterusnya , zaman kegemilangan negeri ini bermula pada masa pemerintahan Sultan Mansur Syah dari tahun 1741 hingga 1793 .

KERAJAAN KELANTAN

            Kerajaan ini pula wujud pada tahun 1764 . Sultan Kelantan yang pertama adalah Long Yunus dan beliau telah dilantik oleh Sultan Mansur Syah dari Terengganu kerana beliau telah membantu Sultan Terengganu mendamaikan huru hara di Kelantan . Long Yunus tidak menggunakan gelaran “Sultan” ketika baginda memerintah Kelantan . Sultan Kelantan dan rakyat baginda merupakan penganut agama Islam yang taat pada masa itu . Hsieh Ch’ing Kao yang telah melawat Kelantan mengatakan pengaruh agama Islam sangat kuat di negeri itu . Setelah Long Yunus mangkat , tempat baginda digantikan oleh menantunya iaitu Tengku Muhammad . Hal ini menimbulkan rasa tidak puas hati Long Muhammad iaitu putera Long Yunus dan ini mengakibatkan negeri itu huru-hara . Lomg Muhammad telah merampas kuasa dan mengisytiharkan dirinya sebagai sultan Kelantan dengan menggunakan gelaran Sultan Muhammad 1 . Hubungan Antara Kelantan dan Terengganu menjadi renggang kerana Tengku Muhammad adalah putera Sultan Terengganu . Oleh itu , Sultan Muhammad 1 telah mengadakan hubungan baik dengan kerajaan Siam bagi mengukuhkan kuasa baginda . Hubungan baik antara Siam dengan Kelantan menyebabkan Siam campur tangan dalam hal ehwal kerajaan Kelantan dan seterusnya pentadbiran negeri itu diambil alih oleh Inggeris selepas Siam dan Inggeris menandatangani Perjanjian Bangkok pada tahun 1909 .

KERAJAAN SELANGOR


            Kerajaan Selangor merupakan kerajaan terakhir yang wujud pada abad ke 18 . Bermula pada tahun 1766 dengan pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Selangor yang pertama . Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud di Kota Lumut dengan memakai gelaran Sultan Salehuddin Syah . Selepas pertabalan tersebut , Sultan Salehuddin Syah mengamalkan dasar luar yang agresif . Baginda ingin berbaik baik dengan orang Bugis di Selangor . Oleh kerana itu baginda mengadakan hubungan yang baik dengan kerajaan Perak . Sistem pentadbiran Negeri Selangor masih memakai sistem pentadbiran Kesultanan Melayu Melaka dan Johor . Beberapa jawatan masih dikekalkan dalam sistem pentadbiran negeri itu . Antaranya ialah : Dato’ Menteri , Dato’ Naga , Datuk Engku Kelang . Jawatan-jawatan pembesar Selangor yang telah diwujudkan oleh Sultan Salehudden adalah : Datuk Maharajalela , Datuk Panglima Dalam , Datuk Penggawa Tua , Tengku Panglima Besar dan Datuk Kaya Kecil Kelang . Ketika puak Bugis menguasai Selangor , mereka membina pusat pentadbirannya di Kuala Selangor . Sebelum dikuasai Bugis , Sungai Bernam di bawah kuasa Kerajaan Perak . Perluasan pengaruh Bugis meliputi Jeram , Klang , Langat , Lukut dan Sungai Raya . Pada 1777 , Sultan Salehuddin mangkat dan Raja Ibrahim telah dilantik sebagai Sultan Selangor yang kedua dengan gelaran Sultan Ibrahim Syah . 

Hearts, DIP 1B & DIP 1A

♥ Old Histories / Future ♥