♔BAB 5 : ISU – ISU KEPRIHATINAN NEGARA♔
Saturday, October 11, 2014 | 7:13 AM | 0 love drops
BAB 5 : ISU – ISU KEPRIHATINAN NEGARA
5.1 DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL
SERANTAU DAN DUNIA
OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA
Objektif objektif dasar luar Negara antara
lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di
arena antarabangsa. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan
keselamatan Malaysia. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan
kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman
Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan
dan sosial pada peringkat antarabangsa.
PERANAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI
Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi
kerajaan yang diberi mandate dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan
luar Malaysia dengan Negara Negara asing. Kementerian ini bertanggungjawab
untuk menepati objektif-objektif tersebut, menguruskan hubungan dua hal,
hubungan serantau dan sebagainya. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan
Negara di luar negeri. Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan
memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti
antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
5.1.1 PERANAN ASEAN
Penubuhan
ASEAN dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, dan dipersetujui oleh Negara
Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Bagi Malaysia, ASEAN merupakan satu keutamaan dalam menentukan
arah tuju dasar luar Negara. Dalam ASEAN, Malaysia telah banyak mengadakan
hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi,politik, sosial dan
kebudayaan dan sebagainya. Negara-negara ASEAN juga telah menubuhkan beberapa
jawatankuasa tetap untuk merundingkan usaha kearah pembangunan ekonomi, dan
sosial. Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi kepakaran
untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari Negara anggota. Untuk mencapai
hasrat ini, ASEAN telah menubuhkan persidangan Menteri-menteri pelajaran ASEAN
(SEAMEO). Perlaksanaan telah diagihkan kepada beberapa buah Negara ASEAN
seperti RECSAM untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang.
RELc
untuk melatih pegawai-pegawai menngkatkan prestasi penguasaan bahasa inggeris
di Singapura. INOTEC di Flipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan
TROMPED di Negara Thai bagi mnejalankan penyelidikan kesihatan awam. Walaupun
ada ketikanya, anggota ASEAN tidak sentiasa sehaluan, Malaysia tidak boleh
membelakangkan ASEAN. Pertubuhan ini harus terus menjadi tunggak kesahjateraan
dan kemakmuran rantau ini. Penubuhan ASEAN telah berkembang pesat dan
berpotensi meraih kejayaan yang lebih dalam lagi dalam bidang politik dan
ekonomi. ASEAN telah Berjaya meraih dividen besar, iaitu kemanan dan kestabilan
rantau. ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia.
Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat perdana menteri, beliau telah
mengariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekomomi
dengan ASEAN secara berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan
terus menarik di SIdang Kemuncak ASEAN di Laos. Tiga pendekatan itu adalah
meneruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan
Negara Negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.
5.1.2
PERANAN PERTUBUHAN NEGARA NEGARA ISLAM (OIC)
OIC ialah singkatan kepada ‘Organisation Of
Islamic Conference’ atau pertubuhan persidangan Negara-negara islam. OIC
merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai oleh 57 buah Negara islam daripada tiga
rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya
merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC bertindak untuk mewujudkan
perpaduan sesame ummah khususnya mengenai konflik Israel-Palestin. Malaysia
diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai setiausaha
Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.
Pertubuhan
ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara islam dalam pelbagai
bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan
dan sebagainya untuk meninggikan syiar islam.OIC juga berperanan membendung
segala unsur jahat yang menindas umat islam diseluruh dunia. OIC juga akan
menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hokum hakam yang
dihadapi oleh umat islam sejagat. Malaysia menjadi pengerusi kepada siding
kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktober 2006. Kerjasama dalam bidang
pendidikan dan kesihatan pula merupakan satu kerjasama untuk meningkatkan taraf
sosial Negara-negara anggotanya.
PERANAN MALAYSIA DALAM OIC
Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam
pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani
masalah yang dihadapi oleh Negara-negara islam. Antaranya ialah, mengkritik
campur tangan dalam Negara-negara Komanwel telah menjadi disalurkan melalui
aktiviti sukan, iaitu suka Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah
pada tahun 1998.
5.1.4 PERANAN NAM
Nam atau singkatan bahasa inggerisnya ‘’the
Non-Aligned Movement’’ yang juga dikenali sebagai pengerakan Negara-negara
berkecuali diasaskan pada tahun 1961
bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia.
Malaysia menyertai NAM pada tahun 1969.
Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada
Blok Barat atau Timur. NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan,
keutuhan dan kedaulatan sesebuah Negara serta mengambil sikap tidak campur
tangan dalam hal ehwal Negara lain. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam
pengerakan NAM. Malaysia mahu berinteraksi dengan semua Negara tanpa mengira
ideology politik mereka dan mendapat faedah. Pada bulan februari 2003, Malaysia
diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah
pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah Negara
anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu
(PBB).
PERANAN MALAYSIA DALAM NAM
Malaysia sebagai pengerusi NAM berperanan
memberikan kepimpinan yang jitu dengan cara:
(a)
Mewakili Negara-negara anggota yang
majority terdiri dari Negara-negara membangun untuk terus bersuara.
(b)
Mengambil langkah-langkah yang
praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia dengan cara:
- Mempromosikan keamanan melalui
platform-platform political.
- Pendekatan diplomasi pelbagai
hala (multilateralism)
- Badan badan dunia seperti
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan majlis keselamatan PBB.
Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan
penekanan kepada isu-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama
selatan-selatan, pembangunan pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan
kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM.
Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui
inisiatif-inisiatif serta usaha Penyuburan semula NAM, yang telah digariskan
secara terperinci dalam Deklarasi Kuala Lumpur serta dokumen muktamad mengenai
isu Sidang Kemuncak ke-13.
Malaysia sebagai Pengerusi NAM menerusi
pendekatan yang relevan kepada situasi semasa iaitu:
- Keupayaan Malaysia dalam
memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan
NAM setelah berakhirnya Perang Dingin.
Perdana Menteri menggariskan enam tindakan
yang perlu dilaksanakan seperti:
- Usaha memupuk perpaduan yang berterusan dalam kalangan Negara anggota serta rakyatnya dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan bukannya hal-hal yang boleh menjejaskan perpaduan.
- Perlu melaksanakan langkah-langkah membina keupayaan bagi membolehkan semua orang terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya.
- Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif.
- Seacra serius mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan Negara anggota sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak ke arah arus perdana ekonomi global.
- Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam memerangi rasuah, memupuk urus tadbir yang baik, peningkatan ketelusan dan akuantabiliti.
- Bersungguh-sungguh menyakinkan dunia bahawa islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.
5.1.3 PERANAN
KOMANWEL
PERTUBUHAN
NEGARA-NEGARA BEKAS JAJAHAN BRITISH (KOMANWEL)
Matlamat utama
penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan,
pembangunan ekonomi , pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang
baik antara semua Negara bekas jajahan British. Dalam persidangan ketua-ketua
Negara komanwel di Bahamas dan di Vancouver, Malaysia telah menyarankan badan
dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidak
adilan perdagangan dunia. Ekoran suara lantang Malaysia inilah, Malaysia telah
terpilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Selain
membincangkan isu apartheid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran, dan
kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik asia barat, konflik
Afghanistan dan Kampuchea terdapat satu isu yang menarik pandangan dunia, iaitu
isu alam sekitar. Kemerosotan dan pencemaran alam sekitar. Ketua-ketua Negara Komanwel
telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan ialah:
(1)
Penubuhan tabung antarabangsa
untuk pemeliharan alam sekitar.
(2)
Pengurusan perhutanan dan
pertanian di Negara-negara maju dan sedang membangun.
(3)
Pengurangan pencemaran laut .
(4)
Mengatasi masalah penipisan
lapisan ozon.
Melalui Komanwel, Malaysia telah mendapat
beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains
dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya. Malaysia juga telah
mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian
status GSP bagi barang Malaysia.
Hearts, DIP 1B & DIP 1A