♔BAB 2 - PERLEMBAGAAN MALAYSIA♔
Tuesday, October 7, 2014 | 6:57 AM | 0 love drops
PERLEMBAGAAN
MALAYSIA
2.0 PENGENALAN
Sebelum
kedatangan kuasa asing ke tanah melayu, beberapa negeri di tanah melayu telah
pun mempunyai system pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat
dilihat pada zaman kesultanan melayu Melaka yang mengamalkan undang undang laut
Melaka dan hokum kanun Melaka.sementara itu, negeri-negeri yang lain
mengamalkan adat tradisional iaitu adat temenggung dan adat pepatih . adat
pepatih biasanya diamalkan di negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat melayu
tradisiona mementingkan adat dalam kehidupan mereka . situasi ini menggambarkan telah wujudnya
suatu system mengawal dan mengatur tata cara hidup mereka pada masa itu .
perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah tanah air kita mencapai
kemerdekaan dan dikemaskini setelah terbentuknya persekutuan Malaysia pada
tahun 1963.
2.1 DEFINISI PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
merupakan prinip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu
diasaskan dan diperintah seperti termaktub dalam undang-undang,adat atau
peraturan yang lazim dipakai.
Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara
keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama
ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan
had-had kewibawaan kerajaan dengan cara-cara pemilihan serta perlantikan
pemerintah
Perlembagaan
merupakan sumber undang undang tertinggi sesebuah Negara. Kewujudannya adalah
untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara. Selain itu, perlembagaan juga
berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang undang sama ada di pihak
pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan
perlindungan kepada rakyat.
2.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN
Perlembagaan
Malaysia pertama kalinya dikenali sebagai perlembagaan tanah melayu pada hari
merdeka mencapai kemerdekaan. Kemudian nama itu diubah pula kepada perlembagaan
Malaysia pada 16 september 1963 selepas pembentukan Malaysia.pembentukan perlembagaan Malaysia telah melalui proses
sejarah yang agak panjang. Ia bermula dengan penguasaan british ke atas negeri
perak,Selangor, negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai negeri
negeri melayu bersekutu.
Semasa
perang dunia yang kedua , jepun manakluki tanah melayu. Brtish kembali
menduduki tanah melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yag baharu
iaitu Malayan union pada april 1946. Walau bagaimanapun,bentuk pemerintahan
baharu itu mendapat tentangan yang hebat
daripada orang melayu. Penentangan ini menyebabkan british memperkenalkan pula
satu lagi bentuk pentadbbiran yang baharu , iaitu perjanjian persekutuan 1948.
Melalui perjanjian , kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang pesuruhjaya
tinggi british, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.
Majlis
perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang
dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british. Hasil daripada perjanjian ini,
lahirlah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1
Februari 1948. Perlembagaan bahari dikenali sebagai perlembagaan persekutuan
tanah melayu.
Selepas
pilihan raya 1955,parti perikanan yang menang majority dan menjadi kerajaan
pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakan satu
persidangan perlembagaan di London. Tujuannya adalah untuk menggubal satu
perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu yang merdeka. Persidangan tersebut
telah Berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan persekutuan tanah
melayu yang dipengerusikan oleh lord reid dan yang lain. Perlantikan orang luar
dalam penggubalan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah.
Suruhajaya
reid telah mengadakan referendurum dalam kalangan semua penduduk tanah melayu
termasuk orang awam dan sebagainya. Pada
bulan oktober 1956, suruhanjaya reid telah Berjaya menerima 131 cadangan
daripada penduduk tanah melayu. Akhirnya , draf perlembagaan bagi persekutuan
tanah melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957. Oleh itu, persekutuan tanah
melayu menjadi sebuah Negara yang berdauat dan merdeka.
Perlembagaan
persekutuan tanah melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dengan
beberapa pindaan yang telah dilakukan.
2.2.1 PERANAN PERLEMBAGAAN
Secara amya
, kewujudan perlembagaan kepada sesebuah Negara adalah sangat penting. Hal ini
kerana wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat sebuah Negara bangsa
sentiasa revelan dengan perubahan zaman. Terdapat beberapa fungsi peranan
perlembagaan
1. Mewujudkan pemeritahan yang adil
Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara
kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu dan sebagainya
2. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan
mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat
Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada
pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Keadaan secara tidak langsung akan
membentuk pembahagian kuasa oleh sesuatu pihak. Sebagaimana yang digariskan
dalam perlembagaan
3. Alat penyelesaian masalah
Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang undang tertinggi Negara
dan menjadi rujukan utama dalam peggubalan undang undang persekutua dan negeri,
bahkan , sebarang masalah dalam perbuatan undang undang atau rujukan apa apa
hukuma kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan
4. Mengekalkan riwayat Negara bangsa
Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity Negara bangsa Malaysia
kerana melalui perlembagaan , system pentadbiran dan perjalanan undang undang
Negara dapat dilaksanakan.
5. Menjaga kestabilan Negara
Sesungguhnya perlembagaan telah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan
Negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan sekatan dalam perlembagaan
yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi
kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara perkara yang
difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan.
2.2.2 BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN
Secara umumnya , perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu
perlembagaan bertulis dan perlembagaa tidak bertulis.
Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan
disusun dalam sebuah dokumen.
Manakala perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip
perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya akta
parlimen dan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis
iaitu parlimen mendapat kuasa perlembagaan.
2.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN
Keluhuran perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam
rukun Negara kita. Luhurnya perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari
perspektif berikut, iaitu merupakan undang undang utama persekutuan ,
ketertinggian perlembagaan, serta hubungan antara perlembagaan negeri dan
perlembagaan persekutuan..
4.3.1 UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN
Berdasarkan perlembagaan Malaysia
a) Perlembagaan ialah undang undang
utama persekutuan dan mana mana undang undang yang diluluskan selepas hari
merdaka yang tidak selaraskan dengan perlembagaan ini adalah tidak sah.
b) Kesalahan mana-mana undang undang
tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa :
1. Undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam
perkara9(2).
2.undang undang itu mengenakan
sekatan yang disebut dalam perkara 10(2)
c) kesahan mana mana undang undang
yang dibuat oleh parlimen atau badan perundangan mana mana negeri tidak boleh
dipersoalkan atas alas an bahawa undang undang itu membuat peruntukan berkenaa dengan apa apa perkara
yang berkenaan dengan parlimen atau sebagainya tidak mempunyai kuasa untuk
membuat undang undang , kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu
penetapan bahawa undang undang itu adalah tidak sah atas alas an atau :
1. jika
undang undang itu telah dibuat oleh parlimen,dalam prosiding antara persekutuan
dengan satu atau beberapa buah negeri.
2. jika
undang undang itu telah dibuat oleh badan perundangan sesuatu negeri, dalam prosiding antara persekutuan dengan
negeri.
d) prosiding
untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang undang adalah tidak sah atas
alas an yang disebut dalam fasal 3 tidak
boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim mahkamah persekutuan dan perseekutuan
berhak menjadi satu pihak dalam mana mana negeri yang akan atau mungkin menjadi
satu pihak dalam prosiding yang membawa maksud yang sama pada perenggan a&b
4.3.2 KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN
·
Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan perlembagaan.
Perlembagaa telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di Negara ini sejak
merdeka sehingga kini.
·
Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan
bertulis.perlembagaan persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian
perlembagaan ini dpt dilihat pada peruntukan dalam jadual berikut
1. Parlimen
I. Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa
perundangan kerajaan persekutua pada satu pihak dan kepada tiap tiap buah
negeri pada pihak yang lain.
2. Perlembagaan
II. Menetukan perkara bersama membolehkan parlimen atau dewan undangan negeri
membuat undang undang mengenainya
3. Kedudukan YDPA
III. Baginda sebagai ketua Negara, lambing taat setia rakyat, lambing Negara ,
ketua perlimen, ketua pemerintah dan sebagainya.
4. Kuasa perundangan
IV. Dijalankan berbagai bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan
sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan . kuasa hakim juga tertakluk kepada
sekatan sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.
5. Kebebasan asasi
V. Merupakan elemen penting dalam sesebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi
berparlimen.kerajaan tidak boleh sesuka hati untuk menahan seseorang
warganegara pulang ke tanah air melainkan mempunyai alasan yang kukuh
4.3.3 PINDAAN PERLEMBAGAAN
Semenjak
tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, perlembagaan Malaysia telah dipinda
lebih kurang 22 kali. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh
parlimen seperti yang dijelaskan dalam perkara 159 dan perkara 161 yang
menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda seperti dibawah ini :-
1. Perkara 159 (4)
sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majority 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar majlis parlimen.
sesetengah perkara boleh dipinda dengan suara majority 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar majlis parlimen.
2. Perkara 161 (e)
Sesetengah perkara yang
mempunyai kepetingan bagi sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih2/3
dalam tiap tiap majlis parlimen, jika ia dipersetujui yag dipertua mana mana
negeri.
Sesetengah
perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap tiap dewan,dengan
syarat telah mendapat persetujuan majlis raja raja. Perkenan dan persetujuan
majlis raja raja diperlukan dalam membuat apa apa pindaan terhadap perkara yang
menyentuh kedaulatan raja-raja melayu,kedudukan istimewa orang melayu dan
beberapa perkara yang dianggap sensitive dalam perlembagaan. Sebahagian perkara
memerlukan suara majority dalam parlimen.
PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA
1. Pemisahan singapura – pemisahan
antara Malaysia dan singapura telah mendapat
persetujuan majlis raja raja dan pada bulan September 1963 singapura
keluar daripada persekutuan Malaysia.
2. Mengenai gender – artikel8(2)
perlembagaan persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya
tiada lagi sebarang undang undang atau dasar yang diskriminasikan wanita dan
memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di Negara ini.
3. Kekebalan raja – kerajaan meminda perlembagaan persekutuan
berhubung dengan apa apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja raja
iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana
melakukan apa—apa kesalahan.
TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN
Rang undang-undang dibahaskan di dewan parlimen
Bacaan pertama
Bacaan kedua
Peringkat jawatankuasa
Bacaan ketiga-tiga mendapat majoriti2/3 suasana ahli dewan rakyat dan negeri
Perkenan YDPA
4.3.4 perlembagaan persekutuan
Sebagaimana
yang telah membincangkan sebelum ini, Malaysia merupakan sebuah Negara
persekutuan. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri merupakan dua badan
penting dalam system pemerintahan.kedua-duanya berperanan melaksanakan
tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan Negara. Dalam konteks
perlembagaan Malaysia , terdapat dua pembahagian penting iaitu perlembagaan
persekutuan dan perlembagaan negeri
1 Perlembagaan persekutuan..
i. Perlembagaan
persekutuan Malaysia mengandungi 183 perkara yang menyentuh pelbagai aspek
pemerintah seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan
raja-raja melayu dan hak orang melayu, soal bahasa melayu dan sebagainya.
Perlembagaan boleh dikatakan sebagai dokumen yang mengandungi segala undang
undang dan peraturan asas Negara
2. Perlembagaan persekutuan Malaysia
mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai
undang undang Negara yang menjamin
keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Ciri-cirinya:-
- Melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara persekutuan.
- Mempunyai raja berlembagaan.
- Mengamalkan system demokrasi.
- Agama islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan.
- Memperuntukan pengasingan mempunyai bidang pengkhususan tertentu .
Perlembagaan negeri
Perlembagaan Malaysia terbentuk sebenarnya ialah hasil daripada
perkongsian antara negeri yang menganggotai persekutuan Malaysia. Perkara 71
(1) perlembagaan persekutuan memperuntukan kerajaan persekutuan menjamin hak
raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang,menikmati dan menjalankan hak
hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut perlembagaan negeri
tersebut. Tetapi. Apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang raja
bagi mana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja
dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh
perlembagaan.
Perkara 71(3) perlembagaan persekutuan Malaysia menetapkan bahawa, jika
parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia
yang peruntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri mesti mempunyai peruntukan
tetap tersebut.
Dalam jadual kelapan. Terdapat dua peruntukan utama iaitu :
1. Bahagian 1 – peruntukan tetap dan
peruntukan kewangan
2. Bahagian 2- peruntukan sementara
Kebanyakan
negeri melayu mengikut peruntukan tetap-peruntukan tetap menggariskan sesuau
negeri itu harus mengandungi
- Raja/yang dipertuan agong
- Majlis mesyuarat kerajaan negeri
- Pihak berkuasa perundangan negeri
- Dewa undangan negeri
- Perlembagaan persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Terdapat 7 bab, iaitu :
- 1. Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
- 2. Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
- 3. Pembahagian beban kewangan
- 4. Tanah
- 5. Pembangunan Negara
- 6. Agihan persekutuan kepada negeri
- 7. Majlis Negara bagi kerajaan tempatan.4
4
4 4.4 PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN
Kesimpulan
Kewujudan perlembagaan sebagai asa undang undang mempunyai
perana yang sangat besar dalam bentuk perjalanan pemerintahan di Negara ini.
Walaupun perlembagaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang
dan terperinci , namun perlembagaan tersebut telah Berjaya melicinkan pentadbiran Negara dan mewujudkan
keamanan serta kestabilan Negara.perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan
dan perpaduan kaum di Malaysia.hal ini kerana , sejarah pembentukan perlembagaan
adalah atas dasar persetujuan kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada
pembentukan system demokrasi berpalimen di Malaysia. Melalui perlembagaan
,setiap warganegara sama ada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing masing
dan pembelaan yang sewajarnya . peruntukan-peruntukan utama perlembagaan
merupakan satu asas yang menjadi tulang belakang . kepada system pemerintahan
di Negara ini sejak merdeka hingga kini. Malahan , wujudnya perkara-perkara
yang utama tersebut telah menjadi agen penting dalam membezakan system pemerintaha Malaysia dengan
Negara-negara lain juga mengamalkan system demokrasi. Namun system tersebut
sangat berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.
Hearts, DIP 1B & DIP 1A