♔BAB 5 : ISU – ISU KEPRIHATINAN NEGARA♔
Saturday, October 11, 2014 | 7:13 AM | 0 love drops
BAB 5 : ISU – ISU KEPRIHATINAN NEGARA

5.1 DASAR MALAYSIA TENTANG HAL EHWAL SERANTAU DAN DUNIA

OBJEKTIF DASAR LUAR NEGARA

Objektif objektif dasar luar Negara antara lain adalah untuk menjaga, mempertahankan dan memajukan kepentingan Malaysia di arena antarabangsa. Menjaga dan mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keselamatan Malaysia. Mempertahankan prinsip menghormati kemerdekaan dan kedaulatan wilayah melalui dasar tidak campur tangan dalam hal ehwal dalaman Negara lain. Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi, keselamatan dan sosial pada peringkat antarabangsa.

PERANAN KEMENTERIAN LUAR NEGERI

Kementerian luar negeri ialah sebuah agensi kerajaan yang diberi mandate dan tanggungjawab untuk mengendalikan hubungan luar Malaysia dengan Negara Negara asing. Kementerian ini bertanggungjawab untuk menepati objektif-objektif tersebut, menguruskan hubungan dua hal, hubungan serantau dan sebagainya. Mempromosi pelaburan dan perdagangan dengan Negara di luar negeri. Misi kementerian luar negeri adalah melindungi dan memajukan kepentingan Malaysia dan menyumbang kearah suatu komuniti antarabangsa yang adil dan saksama melalui amalan diplomasi proaktif.
  
5.1.1 PERANAN ASEAN

Penubuhan  ASEAN dicadangkan oleh Tunku Abdul Rahman, dan dipersetujui oleh Negara Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Bagi Malaysia, ASEAN  merupakan satu keutamaan dalam menentukan arah tuju dasar luar Negara. Dalam ASEAN, Malaysia telah banyak mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian, kerjasama ekonomi,politik, sosial dan kebudayaan dan sebagainya. Negara-negara ASEAN juga telah menubuhkan beberapa jawatankuasa tetap untuk merundingkan usaha kearah pembangunan ekonomi, dan sosial. Kerjasama dalam bidang pendidikan bertujuan untuk berkongsi kepakaran untuk dipelajari oleh penuntut-penuntut dari Negara anggota. Untuk mencapai hasrat ini, ASEAN telah menubuhkan persidangan Menteri-menteri pelajaran ASEAN (SEAMEO). Perlaksanaan telah diagihkan kepada beberapa buah Negara ASEAN seperti RECSAM untuk melatih guru sains dan matematik di Pulau Pinang.

RELc untuk melatih pegawai-pegawai menngkatkan prestasi penguasaan bahasa inggeris di Singapura. INOTEC di Flipina untuk melahirkan penyelidik pertanian dan TROMPED di Negara Thai bagi mnejalankan penyelidikan kesihatan awam. Walaupun ada ketikanya, anggota ASEAN tidak sentiasa sehaluan, Malaysia tidak boleh membelakangkan ASEAN. Pertubuhan ini harus terus menjadi tunggak kesahjateraan dan kemakmuran rantau ini. Penubuhan ASEAN telah berkembang pesat dan berpotensi meraih kejayaan yang lebih dalam lagi dalam bidang politik dan ekonomi. ASEAN telah Berjaya meraih dividen besar, iaitu kemanan dan kestabilan rantau. ASEAN akan sentiasa menjadi tunggak dasar hubungan luar Malaysia. Semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menjawat perdana menteri, beliau telah mengariskan tiga pendekatan baharu Malaysia bagi meningkatkan kerjasama ekomomi dengan ASEAN secara berkesan supaya dapat menjamin rantau ini kekal dinamik dan terus menarik di SIdang Kemuncak ASEAN di Laos. Tiga pendekatan itu adalah meneruskan integrasi ekonomi secara meluas, mengembangkan rangkaian dengan Negara Negara rakan dagang, mempromosikan inisiatif pembangunan serantau.


5.1.2  PERANAN PERTUBUHAN NEGARA NEGARA ISLAM (OIC)

OIC ialah singkatan kepada ‘Organisation Of Islamic Conference’ atau pertubuhan persidangan Negara-negara islam. OIC merupakan sebuah organisasi antara kerajaan yang kini dianggotai  oleh 57 buah Negara islam daripada tiga rantau terbesar iaitu Asia, Timur Tengah dan Afrika dimana jumlah penduduknya merupakan satu perlima daripada penduduk dunia. OIC bertindak untuk mewujudkan perpaduan sesame ummah khususnya mengenai konflik Israel-Palestin. Malaysia diberikan penghormatan apabila Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai setiausaha Agung OIC yang pertama. Pejabat OIC terletak di Jeddah, Arab Saudi.

Pertubuhan ini bermatlamat mewujudkan kerjasama antara semua Negara islam dalam pelbagai bidang seperti sosial, ekonomi, sains dan teknologi, pertukaran maklumat kewangan dan sebagainya untuk meninggikan syiar islam.OIC juga berperanan membendung segala unsur jahat yang menindas umat islam diseluruh dunia. OIC juga akan menjadi rujukan dalam mengatasi segala kekeliruan mengenai hokum hakam yang dihadapi oleh umat islam sejagat. Malaysia menjadi pengerusi kepada siding kemuncak OIC ke-10 sehingga bulan oktober 2006. Kerjasama dalam bidang pendidikan dan kesihatan pula merupakan satu kerjasama untuk meningkatkan taraf sosial Negara-negara anggotanya.

PERANAN MALAYSIA DALAM OIC

Malaysia memainkan peranan yang aktif dalam pembangunan OIC seperti penubuhan Bank Pembangunan Islam (IDB) atau menangani masalah yang dihadapi oleh Negara-negara islam. Antaranya ialah, mengkritik campur tangan dalam Negara-negara Komanwel telah menjadi disalurkan melalui aktiviti sukan, iaitu suka Komanwel yang mana Malaysia telah menjadi tuan rumah pada tahun 1998.

5.1.4 PERANAN NAM

Nam atau singkatan bahasa inggerisnya ‘’the Non-Aligned Movement’’ yang juga dikenali sebagai pengerakan Negara-negara berkecuali diasaskan  pada tahun 1961 bersempena Sidang Kemuncak NAM yang pertama di Belgrade, Yogoslavia. Malaysia  menyertai NAM pada tahun 1969. Pertubuhan ini berpegang kepada dasar berkecuali, iaitu tidak berpihak kepada Blok Barat atau Timur. NAM berpegang kepada prinsip menghormati kemerdekaan, keutuhan dan kedaulatan sesebuah Negara serta mengambil sikap tidak campur tangan dalam hal ehwal Negara lain. Malaysia melibatkan diri secara aktif dalam pengerakan NAM. Malaysia mahu berinteraksi dengan semua Negara tanpa mengira ideology politik mereka dan mendapat faedah. Pada bulan februari 2003, Malaysia diberi penghormatan menjadi tuan rumah persidangan. Malaysia kini ialah pengerusi Sidang Kemuncak NAM ke-13 sehingga tahun 2006 dengan 114 buah Negara anggota iaitu 2/3 daripada jumlah keanggotaan pertubuhan Bangsa-bangsa bersatu (PBB).

PERANAN MALAYSIA DALAM NAM

Malaysia sebagai pengerusi NAM berperanan memberikan kepimpinan yang jitu dengan cara:

(a)    Mewakili Negara-negara anggota yang majority terdiri dari Negara-negara membangun untuk terus bersuara.

(b)   Mengambil langkah-langkah yang praktikal serta berkesan kearah mengekalkan keamanan dunia dengan cara:

Mempromosikan keamanan melalui platform-platform political.
Pendekatan diplomasi pelbagai hala (multilateralism)
Badan badan dunia seperti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan majlis keselamatan PBB.

Malaysia berperanan memberikan tumpuan dan penekanan kepada isu-isu lain seperti ekonomi dan perdagangan, kerjasama selatan-selatan, pembangunan pembasmian kemiskinan, pembangunan sosial dan kemanusiaan yang bersifat sejagat serta isu-isu yang berkepentingan kepada NAM. Keberkesanan peranan Malaysia sebagai Pengerusi NAM terserlah melalui inisiatif-inisiatif serta usaha Penyuburan semula NAM, yang telah digariskan secara terperinci dalam Deklarasi Kuala Lumpur serta dokumen muktamad mengenai isu Sidang Kemuncak ke-13.

Malaysia sebagai Pengerusi NAM menerusi pendekatan yang relevan kepada situasi semasa iaitu:

Keupayaan Malaysia dalam memberikan kepimpinan kepada NAM ketika ramai yang mempersoalkan keberkesanan NAM setelah berakhirnya Perang Dingin.

Perdana Menteri menggariskan enam tindakan yang perlu dilaksanakan seperti:

  1.     Usaha memupuk perpaduan yang berterusan  dalam kalangan Negara anggota serta rakyatnya dengan memberi penekanan kepada perkara-perkara yang boleh membawa kepada perpaduan bukannya hal-hal yang boleh menjejaskan perpaduan.
  2.    Perlu melaksanakan langkah-langkah membina keupayaan bagi membolehkan semua orang terutamanya wanita menyedari potensi mereka sepenuhnya.
  3.       Menggunakan semua sumber yang ada menerusi langkah-langkah yang konkrit dan inovatif.
  4.    Seacra serius mengukuhkan rangkaian perdagangan dan ekonomi dalam kalangan Negara anggota sebagai satu bentuk memanfaatkan proses globalisasi seterusnya bergerak ke arah arus perdana ekonomi global.
  5.      Perlu ada peraturan yang lebih baik dalam memerangi rasuah, memupuk urus tadbir yang baik, peningkatan ketelusan dan akuantabiliti.
  6.     Bersungguh-sungguh menyakinkan dunia bahawa islam ialah agama yang toleran, mencintai keamanan dan penuh kesederhanaan.



5.1.3 PERANAN KOMANWEL

PERTUBUHAN NEGARA-NEGARA BEKAS JAJAHAN BRITISH (KOMANWEL)

Matlamat utama penubuhan Komanwel adalah untuk mewujudkan persahabatan dan perpaduan, pembangunan ekonomi , pendidikan, pertahanan, pertanian dan perundangan yang baik antara semua Negara bekas jajahan British. Dalam persidangan ketua-ketua Negara komanwel di Bahamas dan di Vancouver, Malaysia telah menyarankan badan dunia ini memainkan peranan yang lebih agresif dalam menangani isu-isu ketidak adilan perdagangan dunia. Ekoran suara lantang Malaysia inilah, Malaysia telah terpilih untuk menjadi tuan rumah Persidangan CHOGM pada tahun 1989. Selain membincangkan isu apartheid, kemerdekaan Namibia, masalah dadah, kebuluran, dan kemiskinan di Afrika, ekonomi antarabangsa, konflik asia barat, konflik Afghanistan dan Kampuchea terdapat satu isu yang menarik pandangan dunia, iaitu isu alam sekitar. Kemerosotan dan pencemaran alam sekitar. Ketua-ketua Negara Komanwel telah menggariskan beberapa rancangan atau tindakan ialah:

(1)    Penubuhan tabung antarabangsa untuk pemeliharan alam sekitar.
(2)    Pengurusan perhutanan dan pertanian di Negara-negara maju dan sedang membangun.
(3)    Pengurangan pencemaran laut .
(4)    Mengatasi masalah penipisan lapisan ozon.

Melalui Komanwel, Malaysia telah mendapat beberapa faedah seperti kerjasama pertahanan, perdagangan , pembangunan sains dan teknologi, pertanian , pendidikan dan sebagainya. Malaysia juga telah mendapat sokongan oleh Negara-negara maju dalam komanwel umpamanya pemberian status GSP bagi barang Malaysia.




Hearts, DIP 1B & DIP 1A

♔BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA♔
Tuesday, October 7, 2014 | 7:24 AM | 0 love drops
BAB 4 : PEMBANGUNAN NEGARA

LATAR BELAKANG PEMERINTAHAN DAN PENTADBIRAN NEGARA .

Pemerintahan dan pentadbiran negara adalah berasaskan suatu sistem yang telah sedia dipraktikkan oleh masyarakat Melayu sebelum era kolonial lagi . Struktur pentadbiran sebuah kerajaan Melayu dapat dilihat dengan jelas pada zaman pemerintahan Kesultanan Melayu Melaka. Tun Sri Lanang dalam karyanya ialah SULALATUS SALATIN menggambarkan tentang tiga unsur teras berdasarkan pentadbiran kerajaan Melaka, iaitu Raja/Sultan, para pembesar dan rakyat.Malahan tiga unsur inilah menjadi piagam politik bukan sahaja pada zaman kerajaan Melayu Melaka, malahan kerajaan Melayu selepasnya.

            Setelah kedatangan British, telah berlaku perubahan dalam hala cara berpolitik, sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Hal ini berlaku apabila british mula campur tangan dalam hal ehwal pentadbiran negeri-negeri melayu dan telah memperkenalkan bentuk pentadbiran yang baharu di Tanah Melayu.

            Keadaan ini berlanjutan sehingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan dengan struktur pentadbiran baharu yang diterima pakai sebagai Sistem Pengasingan Kuasa. Melalui sistem ini, badan yang menggubal undang-undang(parlimen) bertindak menjalankan urusan menggubal undang-undang sahaja dan tidak melibatkan diri dalam bidang kehakiman yang telah dijalankan oleh badan kehakiman dan juga bidang kuasa pentadbiran.

3.1 KOMPONEN UTAMA SISTEM KERAJAAN MALAYSIA.

MAJLIS RAJA-RAJA
        Majlis Raja-raja badan rasmi yang paling tinggi kedudukan dan statusnya. Dianggotai oleh sembilan orang sultan dan empat orang gabenor atau Yang Dipertua Negeri. Badan ini dipimpin oleh YDPA. Memilih YDPA sebagai timbalan YDPA. Majlis Raja-raja perlu berunding dalam perkara perlantikan sebelum dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri iaitu Perlantikan ketua hakim negara , dua orang hakim besar dan hakim mahkamah agung serta dua orang hakim mahkamah tinggi. Selain itu, perlantikan ketua audit negara dan akhir sekali perlantikan ahli suruhanjaya perkhidmatan awam dan suruhanjaya pilihan raya yang merupakan suruhanjaya bebas.

YANG di-PERTUAN AGUNG ( YDPA )
        YDPA merupakan ketua negara dan secara tidak langsung juga bertindak sebagai ketua kepada tiga komponen dalam sistem berkerajaan negara iaitu badan pentadbiran, badan perundangan dan badan kehakiman. YDPA dilantik lima tahun sekali dalam dalam kalangan sembilan orang raja-raja Melayu yang dipilih oleh Majlis Raja-raja. Dalam bidang eksekutif, YDPA bertindak sebagai ketua negara dan ketua persekutuan. Perlembagaan persekutuan malaysia memperuntukkan kuasa-kuasa tertentu kepada baginda sebagai ketua badan eksekutif. Selanjutnya menurut perkara 34 perlembagaan persekutuan malaysia.

KABINET
Kabinet merupakan suatu bentuk kerajaan dan sistem pemerintahan yang diamalkan pada masa ini oleh kebanyakkan negara. Sistem ini sebenarnya diasakan di Britain. Kerajaan berkabinet ialah kerajaan yang ditadbir oleh golongan manusia yang mendapat sokongan majoriti dalam pilihan raya dan menduduki kerusi di Parlimen atau Dewan perundagangan. Dalam hal ini, apabila sesebuah parti politik berjaya dalam satu satu pilihan raya, maka parti itu layak untuk memerintah negara kerana rakyat telah memberi mereka mandat untuk memerintah. Ketua parti berkenaan akan akan dipanggil oleh ketua negara dan diperkenankan sebagai Perdana Menteri. Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia tediri daripada

  -TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ IBN SULTAN    ABDUL HAMID HALIM      SHAH     (1957-1970)
  -TUN ABDUL RAZAK BIN DATO’ HUSSIEN (1970-1976)
  -TUN HUSSIEN BIN DATO’ ONN (1976-1981)
  -TUN DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD (1981-2003)
  -TUN ABDULLAH BIN HAJI AHMAD BADAWI (2003-2009)
  -DATO’ SRI NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK (2009-KINI)

 DEMOKRASI BERPARLIMEN
          Demokrasi ialah suatu bentuk kerajaan yang kuasa menggubal undang-undang dan struktur kerajaan adalah ditentukan oleh rakyat. Dalam sistem demokrasi, undang-undang digubal oleh rakyat untuk bersuara di Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Sesebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi dipanggil negara atau kerajaan yang demokratik. Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi Berparlimen diaplikasikan.

Demokrasi Berparlimen membawa maksud pemerintahan yang dijalankan secara perwakilan. Hal ini dimaksudkan rakyat melibatkan diri dalam dalam sistem pemerintahan negara, manakala raja-raja menjadi lambang taat setia rakyat. Demokrasi Berparlimen dibentuk melalui hasil proses pilihan raya. Dalam proses ini pilihan raya, rakyat diberi mandat untuk memilih pemimpin yang akan mewakili mereka dan pemimpin inilah yang akan menjadi wakil rakyat di Parlimen.

Raja Berperlembagaan adalah suatu sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukkan dalam perlembagaan malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Persekutuan Malaysia dan juga atas nasihat Perdana Menteri. Justeru, apabila menjalankan tanggungjawabnya bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan pertimbangan atau budi bicara baginda dalam membuat keputusan. Terdapat sembilan buah negeri Melayu yang beraja seperti Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu, Perak, Selangor, Pahang, Negeri Sembilandan akhir sekali Johor.

Pilihan Raya adalah suatu mekanisme untuk memberi peluang kepada rakyat melaksanakan hak demokratiknya untuk menentukan penubuhan kerajaan baik di peringkat persukutuan ataupun negari. Secara umum, pilihan raya adalah suatu proses untuk memilih wakil rakyat yang akan memerintah sama ada di peringkat negeri mahupun persekutuan. Pemilihan ini seharusnya dilakukan secara sulit dan ketulusan pengundian prosedur yang kemas dan teratur. Bilangan kerusi /kawasan dalam sistem pilihan raya yang diamalkan di Malaysia, seseorang calon dipilih untuk mewakili penduduk-penduduk sesuatu bahagian pilihan di Parlimen (Pilihan Raya Umum) atau Dewan Undangan Negeri (Pilihan Raya Negeri). Sehingga kini terdapat 222 kerusi Dewan Rakyat (parlimen) dan 576 kerusi Dewan Undangan Negeri.

KESIMPULAN
          Pengalaman sistem demokrasi berparlimen sesungguhnya mendatangkan banyak kebaikan kepada rakyat negara ini. Sejak diperkenalkan sehingga kini, sistem tersebut telah telah dapat mewujudkan suasana pilitik yang stabil, aman dan makmur. Melalui demokrasi berparlimen, kewujudan seorang raja berperlembagaan telah mengekalkan kesinambungan tradisi pemerintahan di negara ini. Manakala kerajaan yang dipilih oleh rakyat pula, perlu bijak memenangi hati rakyat dan tidak boleh berat sebelah kerana keadaan ini akan menjatuhkan kerajaan pemerintah pada masa yang akan datang. Kselain itu, setiap individu juga akan dilindungi kedudukannya dan boleh menggunakan hak mereka untuk menentukan tampuk pemerintahan negeri. Diharapkan setiap warganegara bekerjasama bagi membolehkan konsep demokrasi ini terus wujud.

PENGAJARAN
Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat kerana mempunyai sistem pemerintahan yang tersendiri. Selain itu, sistem pentadbiran tanah air yang wujud sejak masa lampau merupakan warisan dan telah diubah suai mengikut kesesuaian masa untuk diaplikasikan dalam pentadbiran masa ini. Malaysia merupakan sebuah negara demokrasi yang mengiktiraf kedaulatan melalui sistem pilihan raya.

KESAN KEPADA BANGSA DAN NEGARA
 Kewujudan sistem pembahagian kuasa dalam pentadbiran negara telah menyebabkan negara ini terhindar daripada eksploitasi kuasa oleh pihak-pihak tertentu. Malaysia telah terkenal di mata dunia sebagai sebuah negara membangun yang aman dan makmur hasil sistem pemerintahan yang aman dan makmur. Kestabilan politik juga telah berjaya mengelakkan nagar Malaysia daripada anasir-anasir tidak sihat seperti pemberontakkan dan keganasan. Sistem pemilihan yang telus memberi ruang kepada rakyat memilih pemimpin dalam kalangan mereka.

Hearts, DIP 1B & DIP 1A

♔BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN♔
| 7:04 AM | 0 love drops
BAB 3 : KEMASYARAKATAN DAN PERPADUAN

ASAS-ASAS KEBUDAYAAN MASYARAKAT BERBILANG KAUM DI MALAYSIA
Kewujudan pelbagai suku kaum dan etnik di Malaysia menjadikan Negara ini sebuah Negara yang unik . Setiap kaum memiliki asas kebudayaan yang tersendiri seperti agama , kepercayaan dan adat resam tersendiri . Setiap kaum juga diberi kebebasan untuk mengamalkan kebudayaan masing-masing di samping saling menghormati kebudayaan kaum-kaum lain .

AGAMA DAN KEPERCAYAAN
Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan mencatatkan dengan jelas bahawa agama Islam merupakan agama Persekutuan . Namun pada masa yang sama, agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan. Justeru, kepelbagaian agama dan kepercayaan di dalam negara tidak menghalang perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum .

KAUM MELAYU
Penduduk majoriti terawal di Tanah Melayu ialah orang melayu . Penduduk Melayu ketika itu hidup dengan agama dan kebudayaan mereka sendiri , malahan amalan mereka ini tidak terjejas walaupun berlaku kemasukan buruh-buruh Cina dan India . Situasi ini berlaku kerana tidak wujud percampuran yang ketara antara ketiga-tiga kaum tersebut lantaran ciri-ciri pemisahan yang ketara pada peringkat awal  (jajahan British), terutama dari segi pertempatan dan amalan ekonomi masing-masing . 

Penduduk Melayu di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak, amnya menganut agama Islam . Agama Islam dibawa masuk ke Tanah Melayu sejak abad ke-14 atau ke-15 .Kesultanan Melayu Melaka memang terkenal sabagai pusat pemerintahan yang berperanan penting dalam memastikan penyebaran dan pengukuhan agama Islam .Agama Islam adalah berkonsepkan kepercayaan kepada Tuhan yang satu. Ajaran ini sememangnya berbeza  dengan pegangan masyarakat di Tanah Melayu pada abad ke-7 hingga ke-13 sebelum ini yang menganut agama Hindu dengan konsep banyak Tuhan. Dalam agama Islam, al-Quran dijadikan sebagai asa/sumber hukum yang utama bersama-sama dengan panduan daripada amalan Nabi Muhammad SAW seperti hadis. Asas utama dalam ajaran Islam ialah Rukun Islam dan Rukun Iman.

KAUM CINA
          Masyarakat Cina yang datang ke Tanah Melayu mengubah struktur kemasyarakatan negara ini sekali gus menyumbang kepada pembentukan masyarakatan majmuk. Golongan ini turut membawa bersama-sama agama dan kepercayaan yang dianuti mereka ke negara ini. Antara agama atau kepercayaan yang diamalkan ialah fahaman Taoisme. Taoisme merupakan sistem falsafah dan keagamaan Cina. Kepercayaan ini telah memperkaya ajaran. 

          Confucianisme dan membantu memperluas ajaran agama Buddha serta memberikan semangat, inspirasi dan panduan akhlak kepada orang-orang Cina. Confucius banyak mengajar falsafah moral dan sosial serta garis panduan tentang tingkah laku yang berlandaskan nilai-nilai abstrak seperti kasih sayang , keamanan , keharmonian , kemanusiaan , kebijaksanaan , keberanian dan kesetiaan. Jelaslah bahawa, masyarakat Cina di Tanah Melayu masih kekal menganuti dan mengamalkan kepercayaan yang dibawa dari tanah air mereka. Anutan masyarakat Cina dan kepercayaan yang diamalkan telah turut menjadi satu pandangan biasa kepada masyarakat tempatan , contohnya upacara pengebumian.

KAUM INDIA
          Masyarakat India yang tiba di Tanah Melayu turut membawa bersama-sama dengan agama dan budaya yang diamalkan dari tanah air asal. Agama yang paling banyak dianuti ialah agama Hindu. Ciri-ciri yang terkandung dalam agama Hindu ialah kepercayaan kepada dewa-dewa, asas agama Hindu ialah Tuhan yang satu tetapi penjelmaan tuhannya kepada beberapa bentuk Dewa menjadikan agama ini sering dilihat beraliran politisme , walaupun sebenarnya tidak tepat. Antara dewa tersebut ialah, Brahma(Dewa Pencipta) , Vishnu(Dewa Pelindung) , dan Siva(Dewa Pembinasa) , Indra(Dewa Perang dan Cuaca), Surya(Dewa Matahari) , Agni(Dewa Api) , Varuna(Dewa Langit) dan Lakhsmi(Dewa Kekayaan). 

       Konsep karma dan kelahiran semula,  masyarakat ini percaya bahawa kelahiran mereka ke dalam salah satu kasta amat dipengaruhi oleh kelakuan mereka semasa dalam kehidupan yang terdahulu. Kitab-kitab Veda ialah kitab yang menjadi panduan dalam masyarakat pengamal agama Hindu. Mengandungi riwayat hidup , amalan-amalan politik , kebudayaan , tempat , pakaian , minuman dan sebagainya.

MASYARAKAT SARAWAK
          Sarawak mempunyai lebih kurang 28 kumpulan etnik peribumi. Kaum majority di Sarawak meliputi orang Iban(Dayak Laut) , orang Melayu dan orang Melanau. Pada era prakolonial, orang Iban tidak mempunyai agama yang tertentu. Mereka berpegang pada ajaran animisme sejak dulu dan kini yang dipengaruhi oleh unsur-unsur yang dibawa oleh fahaman Hindu-Buddha. Selepas kedatangan kuasa Barat , agama Kristian dibawa masuk (dianuti sebahagian besar orang Iban).  

              Orang Iban berpegang kuat kepada kepercayaan tradisional mereka terhadap upacara ‘miring’ (jampi serapah untuk menolak bala). Kepercayaan lain berdasarkan tafsiran mimpi. Aktiviti harian masyarakat Iban sangat dipengaruhi oleh mimpi mereka. Sesuatu aktiviti itu boleh dibatalkan jika mereka mendapat mimpi yang tidak baik pada malam sebelumnya. Masyarakat Melayu pula, mereka berpegang pada ajaran Islam. Agama ini membentuk ciri-ciri perkampungan seperti bersatu padu, bertatasusila, bertanggungjawab terhadap kebajikan seluruh komuniti dan sebagainya. Terdapat masjid di setiap kampung sebagai pusat kegiatan keagamaan. 

                 Masyarakat Melayu juga percaya kepada pantang larang tertentu, contohnya pantang larang orang-orang dulu anak gadis tidak boleh menyanyi di dapur kerana bimbang akan bersuamikan orang tua. Selain itu, wanita mengandung dilarang keluar rumah pada waktu senja kerana bimbang anak yang dikandung akan hilang diambil makhluk-makhluk ghaib. Masyarakat Melanau pula, asalnya merupakan pagan(tidak mempunyai pegangan agama) tetapi kini ekoran pemerintahan Kesultanan Brunei, kemudian keluarga Brooke, ramai antara mereka beralih ke agama Islam dan Kristian. Sebelum memeluk Islam mereka juga mempercayai terhadap kuasa ghaib dan kuasa luar biasa.

MASYARAKAT SABAH

          Sabah dikatakan mempunyai lebih daripada 32 suku kaum. Masyarakat Khadazan-Dusun ialah masyarakat terbesar di Sabah yang memegang kepada kepercayaan animism. Sebahagian kecil telah memeluk Islam dan Kristian. Ramai yang masih pagan di kawasan pedalaman. Masyarakat ini percaya kewujudan syurga dan neraka. Orang pagan percaya bahawa sesiapayang mati, rohnya akan dibawa ke Gunung Kinabalu. Masyarakat Khadazan-Dusun percaya kepada pantang larang dan tafsiran mimpi. 

          Mimpi yang buruk mempengaruhi sebarang keputusan dalam kehidupan mereka. Mereka juga mempunyai upacara pemujaan seperti ‘kaamatan’(pesta menuai), iaitu meraikan kesyukuran kerana mendapat hasil tuai yang banyak dan mengucapkan terima kasih. Upacara dilakukan oleh Bobohizan (seorang bomoh perempuan ). Mereka juga mempunyai upacara halau penyakit yang dipanggil ‘popodulik’. Masyarakat Bajau pula, hampir semua dalam kalangan mereka beragama Islam. Anutan ini yang menjadi pegangan mereka dalam segala aspek kehidupan.

        Mengamalkan upacara agama seperti berkhatan , akad nikah, khatam al-Quran dan lain-lain. Mereka percaya kepada ‘jin’ , iaitu sejenis makhluk yang dianggap mempunyai kuasa luar biasa. Selain itu, mereka juga percaya kepada konsep ‘tulah’, iaitu malapetaka yang ditimpa apabila melanggar adat atau peraturan. Kepercayaan-kepercayaan sebegini semakin pupus. Kajian pada tahun 1950-an menunjukkan hamper 75% masyarakat Bajau telah pun memeluk Islam lantaran peranan yang dimainkan oleh Kesultanan Brunei. 

Hearts, DIP 1B & DIP 1A

♔BAB 2 - PERLEMBAGAAN MALAYSIA♔
| 6:57 AM | 0 love drops
PERLEMBAGAAN MALAYSIA

2.0 PENGENALAN

Sebelum kedatangan kuasa asing ke tanah melayu, beberapa negeri di tanah melayu telah pun mempunyai system pemerintahan masing-masing dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat pada zaman kesultanan melayu Melaka yang mengamalkan undang undang laut Melaka dan hokum kanun Melaka.sementara itu, negeri-negeri yang lain mengamalkan adat tradisional iaitu adat temenggung dan adat pepatih . adat pepatih biasanya diamalkan di negeri Sembilan dan Melaka. Masyarakat melayu tradisiona mementingkan adat dalam kehidupan mereka  . situasi ini menggambarkan telah wujudnya suatu system mengawal dan mengatur tata cara hidup mereka pada masa itu . perlembagaan moden hanya diperkenalkan setelah tanah air kita mencapai kemerdekaan dan dikemaskini setelah terbentuknya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

2.1  DEFINISI PERLEMBAGAAN

Perlembagaan merupakan prinip-prinsip asas yang menentukan cara sesebuah negeri itu diasaskan dan diperintah seperti termaktub dalam undang-undang,adat atau peraturan yang lazim dipakai.
 Perlembagaan juga bersangkut paut dengan cara keputusan awam dicapai dan kuasa diagih-agihkan antara institusi kerajaan, sama ada di pusat ataupun pada peringkat tempatan. Perlembagaan juga akan menetapkan had-had kewibawaan kerajaan dengan cara-cara pemilihan serta perlantikan pemerintah

Perlembagaan merupakan sumber undang undang tertinggi sesebuah Negara. Kewujudannya adalah untuk menyelaraskan pemerintahan sesebuah Negara. Selain itu, perlembagaan juga berperanan sebagai garis panduan pembentukan undang undang sama ada di pihak pemerintah atau rakyat. Perlembagaan juga bermatlamat memberikan jaminan dan perlindungan kepada rakyat.

2.2 SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN

Perlembagaan Malaysia pertama kalinya dikenali sebagai perlembagaan tanah melayu pada hari merdeka mencapai kemerdekaan. Kemudian nama itu diubah pula kepada perlembagaan Malaysia pada 16 september 1963 selepas pembentukan Malaysia.pembentukan  perlembagaan Malaysia telah melalui proses sejarah yang agak panjang. Ia bermula dengan penguasaan british ke atas negeri perak,Selangor, negeri Sembilan dan Pahang yang juga dikenali sebagai negeri negeri melayu bersekutu.

Semasa perang dunia yang kedua , jepun manakluki tanah melayu. Brtish kembali menduduki tanah melayu dan memperkenalkan satu bentuk pemerintahan yag baharu iaitu Malayan union pada april 1946. Walau bagaimanapun,bentuk pemerintahan baharu itu mendapat tentangan yang  hebat daripada orang melayu. Penentangan ini menyebabkan british memperkenalkan pula satu lagi bentuk pentadbbiran yang baharu , iaitu perjanjian persekutuan 1948. Melalui perjanjian , kerajaan pusat akan terdiri daripada seorang pesuruhjaya tinggi british, sebuah majlis mesyuarat dan sebuah majlis perundangan.

Majlis perundangan mengandungi anggota rasmi dan sebilangan anggota tidak rasmi yang dilantik oleh pesuruhjaya tinggi british. Hasil daripada perjanjian ini, lahirlah satu perlembagaan baharu bagi tanah melayu yang berkuat kuasa pada 1 Februari 1948. Perlembagaan bahari dikenali sebagai perlembagaan persekutuan tanah melayu.

Selepas pilihan raya 1955,parti perikanan yang menang majority dan menjadi kerajaan pemerintah telah menuntut agar pihak penjajah british mengadakan satu persidangan perlembagaan di London. Tujuannya adalah untuk menggubal satu perlembagaan untuk persekutuan tanah melayu yang merdeka. Persidangan tersebut telah Berjaya menubuhkan sebuah suruhanjaya perlembagaan persekutuan tanah melayu yang dipengerusikan oleh lord reid dan yang lain. Perlantikan orang luar dalam penggubalan ini bertujuan mengelakkan masalah berat sebelah.

Suruhajaya reid telah mengadakan referendurum dalam kalangan semua penduduk tanah melayu termasuk orang awam dan sebagainya.  Pada bulan oktober 1956, suruhanjaya reid telah Berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk tanah melayu. Akhirnya , draf perlembagaan bagi persekutuan tanah melayu telah dibentuk pada 31 ogos 1957. Oleh itu, persekutuan tanah melayu menjadi sebuah Negara yang berdauat dan merdeka.

Perlembagaan persekutuan tanah melayu 1957 dikuatkuasakan sehingga ke hari ini dengan beberapa pindaan yang telah dilakukan.

2.2.1 PERANAN PERLEMBAGAAN

Secara amya , kewujudan perlembagaan kepada sesebuah Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana wujudnya perlembagaan, ia akan menjamin riwayat sebuah Negara bangsa sentiasa revelan dengan perubahan zaman. Terdapat beberapa fungsi peranan perlembagaan 

1.     Mewujudkan pemeritahan yang adil

Kewujudan perlembagaan dari segi sejarah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang melayu dan sebagainya

2.     Mengelakkan penyalahgunaan kuasa dan mengawal pergerakan kerajaan dan rakyat

Perlembagaan persekutuan Malaysia bukan sahaja memperuntukan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada rakyat. Keadaan secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa oleh sesuatu pihak. Sebagaimana yang digariskan dalam perlembagaan

3.     Alat penyelesaian masalah

Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang undang tertinggi Negara dan menjadi rujukan utama dalam peggubalan undang undang persekutua dan negeri, bahkan , sebarang masalah dalam perbuatan undang undang atau rujukan apa apa hukuma kepada seseorang warganegara adalah berasaskan perlembagaan

4.     Mengekalkan riwayat Negara bangsa

Pembentukan perlembagaan akan mengekalkan identity Negara bangsa Malaysia kerana melalui perlembagaan , system pentadbiran dan perjalanan undang undang Negara dapat dilaksanakan.

5.     Menjaga kestabilan Negara

Sesungguhnya perlembagaan telah Berjaya membentuk keamanan dan kestabilan Negara. Hal ini memandangkan terdapatnya sekatan sekatan dalam perlembagaan yang mengawal pergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila terdapat perkara perkara yang difikirkan perlu untuk menyekat kebebasan.


2.2.2 BENTUK-BENTUK PERLEMBAGAAN

Secara umumnya , perlembagaan terbahagi kepada dua jenis iaitu perlembagaan bertulis dan perlembagaa tidak bertulis.

Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan yang dikumpulkan dan disusun dalam sebuah dokumen.

Manakala perlembagaan tidak bertulis merangkumi semua prinsip perlembagaan yang tidak terkumpul dalam satu surat atau dokumen, contohnya akta parlimen dan keputusan mahkamah. Malaysia mengamalkan perlembagaan bertulis iaitu parlimen mendapat kuasa perlembagaan.


2.3 KELUHURAN PERLEMBAGAAN

Keluhuran perlembagaan merupakan salah satu prinsip yang terkandung dalam rukun Negara kita. Luhurnya perlembagaan Malaysia itu dapat dilihat dari perspektif berikut, iaitu merupakan undang undang utama persekutuan , ketertinggian perlembagaan, serta hubungan antara perlembagaan negeri dan perlembagaan persekutuan..

4.3.1 UNDANG-UNDANG UTAMA PERSEKUTUAN

Berdasarkan perlembagaan Malaysia

a)     Perlembagaan ialah undang undang utama persekutuan dan mana mana undang undang yang diluluskan selepas hari merdaka yang tidak selaraskan dengan perlembagaan ini adalah tidak sah.

           b)    Kesalahan mana-mana undang undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa :


           1. Undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak yang disebut dalam perkara9(2).


2.undang undang itu mengenakan sekatan yang disebut dalam perkara 10(2)

        c) kesahan mana mana undang undang yang dibuat oleh parlimen atau badan perundangan mana mana negeri tidak boleh dipersoalkan atas alas an bahawa undang undang itu membuat  peruntukan berkenaa dengan apa apa perkara yang berkenaan dengan parlimen atau sebagainya tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang undang , kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang undang itu adalah tidak sah atas alas an atau :

           1. jika undang undang itu telah dibuat oleh parlimen,dalam prosiding antara persekutuan dengan satu atau beberapa buah negeri.

          2. jika undang undang itu telah dibuat oleh badan perundangan sesuatu negeri,  dalam prosiding antara persekutuan dengan negeri.

        d) prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatu undang undang adalah tidak sah atas alas an yang disebut  dalam fasal 3 tidak boleh dimulakan tanpa kebenaran hakim mahkamah persekutuan dan perseekutuan berhak menjadi satu pihak dalam mana mana negeri yang akan atau mungkin menjadi satu pihak dalam prosiding yang membawa maksud yang sama pada perenggan a&b

4.3.2  KETERTINGGIAN PERLEMBAGAAN

·        Tidak ada yang tertinggi kuasanya di Malaysia melainkan perlembagaan. Perlembagaa telah menjadi rujukan rakyat dan pemerintah di Negara ini sejak merdeka sehingga kini.

·        Malaysia merupakan sebuah persekutuan yang mempunyai sebuah perlembagaan bertulis.perlembagaan persekutuan Malaysia adalah yang tertinggi. Ketertinggian perlembagaan ini dpt dilihat pada peruntukan dalam jadual berikut

1.     Parlimen

                                           I.  Memperoleh kuasa daripada perlembagaan yang akan menentukan kuasa perundangan kerajaan persekutua pada satu pihak dan kepada tiap tiap buah negeri pada pihak yang lain.

2.     Perlembagaan

                                         II. Menetukan perkara bersama membolehkan parlimen atau dewan undangan negeri membuat undang undang mengenainya

3.     Kedudukan YDPA

                                      III.  Baginda sebagai ketua Negara, lambing taat setia rakyat, lambing Negara , ketua perlimen, ketua pemerintah dan sebagainya.

4.     Kuasa perundangan

                                      IV.  Dijalankan berbagai bagai badan perundangan dan tertakluk kepada sekatan sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan . kuasa hakim juga tertakluk kepada sekatan sekatan yang dikenakan oleh perlembagaan.

5.     Kebebasan asasi

                                        V. Merupakan elemen penting dalam sesebuah Negara yang mengamalkan system demokrasi berparlimen.kerajaan tidak boleh sesuka hati untuk menahan seseorang warganegara pulang ke tanah air melainkan mempunyai alasan yang kukuh

4.3.3 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Semenjak tahun 1957 sehingga ke akhir tahun 1982, perlembagaan Malaysia telah dipinda lebih kurang 22 kali. Perlembagaan Malaysia boleh dipinda dengan mudah oleh parlimen seperti yang dijelaskan dalam perkara 159 dan perkara 161 yang menjelaskan beberapa perkara yang boleh dipinda seperti dibawah ini :-

1.     Perkara 159 (4)
sesetengah  perkara boleh dipinda dengan suara majority 2/3 dalam tiap-tiap majlis parlimen tanpa persetujuan sesiapa dari luar majlis parlimen.
2.     Perkara 161 (e)
Sesetengah perkara yang mempunyai kepetingan bagi sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan suara lebih2/3 dalam tiap tiap majlis parlimen, jika ia dipersetujui yag dipertua mana mana negeri.


Sesetengah perkara hanya boleh dipinda dengan suara lebih 2/3 dalam tiap tiap dewan,dengan syarat telah mendapat persetujuan majlis raja raja. Perkenan dan persetujuan majlis raja raja diperlukan dalam membuat apa apa pindaan terhadap perkara yang menyentuh kedaulatan raja-raja melayu,kedudukan istimewa orang melayu dan beberapa perkara yang dianggap sensitive dalam perlembagaan. Sebahagian perkara memerlukan suara majority dalam parlimen.

             PERKARA-PERKARA YANG PERNAH DIPINDA

1.     Pemisahan singapura – pemisahan antara Malaysia dan singapura telah mendapat  persetujuan majlis raja raja dan pada bulan September 1963 singapura keluar daripada persekutuan Malaysia.

2.     Mengenai gender – artikel8(2) perlembagaan persekutuan telah dipinda bagi memasukkan perkataan gender supaya tiada lagi sebarang undang undang atau dasar yang diskriminasikan wanita dan memastikan tidak ada diskriminasi antara jantina di Negara ini.

3.     Kekebalan raja –  kerajaan meminda perlembagaan persekutuan berhubung dengan apa apa yang dianggap sebagai kekebalan atau imuniti raja raja iaitu mereka tidak boleh dihadapkan ke mahkamah biasa untuk orang ramai kerana melakukan apa—apa kesalahan.

TATACARA PINDAAN PERLEMBAGAAN


Rang undang-undang dibahaskan di dewan parlimen


Bacaan pertama


Bacaan kedua


Peringkat jawatankuasa


Bacaan ketiga-tiga mendapat majoriti2/3 suasana ahli dewan rakyat dan negeri


Perkenan YDPA



4.3.4 perlembagaan persekutuan

Sebagaimana yang telah membincangkan sebelum ini, Malaysia merupakan sebuah Negara persekutuan. Kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri merupakan dua badan penting dalam system pemerintahan.kedua-duanya berperanan melaksanakan tanggungjawab dalam menentukan hala tuju pembangunan Negara. Dalam konteks perlembagaan Malaysia , terdapat dua pembahagian penting iaitu perlembagaan persekutuan dan perlembagaan negeri

1   Perlembagaan persekutuan..

                                i. Perlembagaan persekutuan Malaysia mengandungi 183 perkara yang menyentuh pelbagai aspek pemerintah seperti kebebasan asasi, kuasa dan kedudukan YDPA, keistimewaan raja-raja melayu dan hak orang melayu, soal bahasa melayu dan sebagainya. Perlembagaan boleh dikatakan sebagai dokumen yang mengandungi segala undang undang dan peraturan asas Negara

2.    Perlembagaan persekutuan Malaysia mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah menjadikan perlembagaan sebagai undang undang  Negara yang menjamin keamanan dan kesejahteraan rakyatnya. Ciri-cirinya:-

  •                        Melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara persekutuan.
  •                        Mempunyai raja berlembagaan.
  •                        Mengamalkan system demokrasi.
  •                        Agama islam sebagai agama rasmi, tetapi agama lain bebas diamalkan.
  •                        Memperuntukan pengasingan mempunyai bidang pengkhususan tertentu .





    Perlembagaan negeri

Perlembagaan Malaysia terbentuk sebenarnya ialah hasil daripada perkongsian antara negeri yang menganggotai persekutuan Malaysia. Perkara 71 (1) perlembagaan persekutuan memperuntukan kerajaan persekutuan menjamin hak raja sesebuah negeri untuk mewarisi dan memegang,menikmati dan menjalankan hak hak perlembagaan dan keistimewaan negeri itu mengikut perlembagaan negeri tersebut. Tetapi. Apa-apa pertikaian tentang hak untuk mewarisi seorang raja bagi mana-mana negeri hendaklah diputuskan oleh mana-mana pihak berkuasa sahaja dan hanya mengikut apa-apa cara sebagaimana yang diperuntukkan oleh perlembagaan.

Perkara 71(3) perlembagaan persekutuan Malaysia menetapkan bahawa, jika parlimen mendapati apa-apa peruntukan dalam perlembagaan persekutuan Malaysia yang peruntukan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri mesti mempunyai peruntukan tetap tersebut.

Dalam jadual kelapan. Terdapat dua peruntukan utama iaitu :
1.     Bahagian 1 – peruntukan tetap dan peruntukan kewangan
2.     Bahagian 2- peruntukan sementara

Kebanyakan negeri melayu mengikut peruntukan tetap-peruntukan tetap menggariskan sesuau negeri itu harus mengandungi

  1. Raja/yang dipertuan agong
  2. Majlis mesyuarat kerajaan negeri
  3. Pihak berkuasa perundangan negeri
  4. Dewa undangan negeri
  5. Perlembagaan persekutuan juga memperuntukkan perhubungan antara kerajaan persekutuan dengan kerajaan negeri. Terdapat 7 bab, iaitu :
  • 1.     Pembahagian kuasa-kuasa perundangan
  • 2.     Pembahagian kuasa-kuasa pemerintah
  • 3.     Pembahagian beban kewangan
  • 4.     Tanah
  • 5.     Pembangunan Negara
  • 6.     Agihan persekutuan kepada negeri
  • 7.     Majlis Negara bagi kerajaan tempatan.4
4
4    4.4  PERUNTUKAN UTAMA DALAM PERLEMBAGAAN



Kesimpulan

Kewujudan perlembagaan sebagai asa undang undang mempunyai perana yang sangat besar dalam bentuk perjalanan pemerintahan di Negara ini. Walaupun perlembagaan Negara merupakan sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci , namun perlembagaan tersebut telah Berjaya  melicinkan pentadbiran Negara dan mewujudkan keamanan serta kestabilan Negara.perlembagaan merupakan tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia.hal ini kerana , sejarah pembentukan perlembagaan adalah atas dasar persetujuan kaum. Perlembagaan juga menjadi dasar kepada pembentukan system demokrasi berpalimen di Malaysia. Melalui perlembagaan ,setiap warganegara sama ada pemerintah atau rakyat mendapat hak masing masing dan pembelaan yang sewajarnya . peruntukan-peruntukan utama perlembagaan merupakan satu asas yang menjadi tulang belakang . kepada system pemerintahan di Negara ini sejak merdeka hingga kini. Malahan , wujudnya perkara-perkara yang utama tersebut telah menjadi agen penting dalam membezakan  system pemerintaha Malaysia dengan Negara-negara lain juga mengamalkan system demokrasi. Namun system tersebut sangat berbeza dengan apa yang diamalkan di Malaysia.

Hearts, DIP 1B & DIP 1A

♥ Old Histories